senarai persiapan

hari nie ms alin nk share nie skit hasil dr research dlm majalah pengantin haritu..mgkin kebanyakan bride 2 be off course la kan dah buat ceklist nie..tapi ini sekadar utk peringatan utk ms alin sendiri...kalau ade yg br nak plan2 tu leh la amek cth ceklist nie yer...

12 bulan sebelum perkahwinan
1. pilih tarikh nikah
2. pilih bajet
3. pilih lokasi
4. pilih jamuan (buffet/hidang)

11 bulan sebelum perkahwinan
1. tetap tarikh nikah
2. hadiri kursus kawen
3. survey pakaian kawen
4. pilih brg hantaran
5. survey mak andam

10 bulan sebelum perkahwinan
1. pilih pengapit
2. pilih warna tema
3. pilih lokasi yg sesuai dgn bajet anda

9 bulan sebelum perkahwinan
1. kumpul nama tetamu
2. pilih catering/ tukang masak (kalau org kg bese wat rewang)
3. survey jurufoto/video

8 bulan sebelum perkahwinan
1. tempah lokasi (kalau jamuan didewan)
2. tetapkn jumlah tetamu
3. temujanji dgn doktor (utk ujian HiV)

7 bulan sebelum perkahwinan
1. pilih pakaian kawen
2. tentukan pakaian pengiring
3. pilih mak andam/pelamin

6 bulan sebelum perkahwinan
1. tempah kad kawen
2. hubungi pejabat kadi/agama
3. buat ujian HIV

5 bulan sebelum perkahwinan
1. bayar deposit utk mak andam/jurufoto
2. pilih dan tentukan kelengkapan kawen
3. tempah doorgift

4 bulan sebelum perkahwinan
1. pilih cincin kawen
2. siapkan gubahan hantaran

3 bulan sebelum perkahwinan
1. P.A system / pilih lagu2 yg sesuai utk majlis
2. tempat penginapan bg saudara dan rakan terdekat yang jauh

2 bulan sebelum perkahwinan
1. menulis dan mengutus kad kawen
2. test baju pengantin
3. mencuba menu katerer (jika dapat)

Sebulan sebelum perkahwinan
1. rawatan sebelum kawen (bg badan bertenaga)
2. cek tempahan pelamin, Andaman, jurufoto
3. cek aksesori yg dipakai dgn baju pengantin

3 minggu sebelum
1. bertemu urusetia majlis utk berbincang tntg perjalanan majlis
2. ambil pakaian (jika ditempah) dan tempahan2 lain

Seminggu sebelum
1. meneliti perancangan majlis anda
2. selesaikan urusan kerja anda sebelum bercuti
3. hindari konflik dan tenangkan hati

Hari langsungnya
1. bangun awal, mandi dan sarapan (make sure pengantin jgn kelaparan
2. bersedia utk didandan cantik dan senyuuummm (kene byk2 senyum)

ceklist nie hanya sebagai panduan utk ms alin wat persiapan nnti..ade yg kene remove..ade mgkin kene add sket..tp draf idea tu dh nmpk la ape yg perlu di ambil kira..

Comments

Popular posts from this blog

Minyak Herba Asmak

dexandra perfume

Forbidden Rose Avril Lavinge by Dexandra